Wednesday 30 October 2013

Periksa Konpetensi Sains & Math

Assalamualaikum readers :)

Apa khabar? Mira? Alhamdulillah sihat :) Korang-korang yang Form 1 or Form 2 mesti tadi (30/10/2013) ada periksa konpetensi kan? Mira confirm ada. Kalau tak takkan Mira nak  tulis entry ni kan? 
      Susah ? Senang? Taklah susah sangat tak lah senang sangat. 50-50 je. Sebelum ini ada jugak buat periksa macam nie. Tapi dah lah sbelum Mira ada blog lagi. Tak silap bulan 7 or 8. Soalan Math tadi ada 24 soalan. Alhamdulillah Mira dapat jawab semua soalan kecuali 2 or 3 soalan Mira hentam. heheheheh
     Soalan Sains? Tak berapa nak susah. Tapi Alhamdulillah dapat jawab. Pun 2 or 3 soalan Mira tak dapat jawab.Mira hentam jugakk. huhuhhuhhuuu.
     Hari ni jugak Mira pulang buku Form 1. Dapat  buku Form 2. Semua buku baru tau. Alhamdulillah. Kene sampul. Jaga. Sayang. Jangna rosakkan. Bukan hak kita. Hak kerajaan. Okay lah. Mira nak  solat. Assalamualaikum Readers :) *)

Saturday 26 October 2013

Budak 'POPULAR'

Assalamualaikum , readers :)

Korang ingat tak entry yang bertarikh 26 Oktober 2013 (Sabtu)? Kan Mira ada cerita pasal budak 'popular' tu kan?
      Ni Mira nakcerita serba sedikit pasal budak tuu. Nama die..... jeng jeng... tak boleh tahu. Rahsia. Nama tak patut untuk didedahkan kepada korg. Nanti korang kecoh. Umur die tua setahun dripada Mira . 14 tahun jerk. Sekolah kat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Taman Johor Jaya. Die ada 7 orang adik beradik. ?Tak pasti pulak die anak keberapa. hehhehehh Die ada laman sosial facebook and twitter. Nak link? Memang tak lah Mira nak kasik kat korng.
      Mira suka tengok lelaki pakai cermin mata and kidal. Budak 'popular' tu die pakai cermin mata jerk. Comel tau. Melting masa die tanya soalan kat Mira. Die tu boleh dikira mcam jiran Mira jugak lah. Mira pernah masuk rumah die sekali jerk. Tu pun masa marhaban darjah 6. Rumah die masyaAllah. Besar. Cantik.
       Ehhhhhhhh ehhhhhhh ehhhhhhhhh. Semua tahu pasal die ni kenapa? Memanglah tahu. Sebab Mira pernah terjatuh suka kat die. hahhaahah Sampaikan Mira pernah mimpi die taw. Pergi rumah die. and sebut sebut pasal menantu. hahahahaah    Abaikan pasal mimpi tu. Pasal menantu tu. Okayy. dah lah. Assalamualaikum :) -.-

Tarian.

Assalamualaikum readers :)

Hari ini Hari ahad. Ada latihan tarian untuk PBS Band 6 yang agak mencabar for sejarah. Group Mira tak berapa nak aktif sangat lah. Semua pendiam , comel-comel pulak tu. Geram pulak tengok dieorng ni. Mesti readers tak percaya yang Mira akan menari tarian Ngajat Sarawak kan? hahahahah Mira pun tak percaya entah tarian yang Mira menari tu jadi ke idokk. Takut jugak lah menari dengan group nanti. InsyaAllah Mira boleh lakukan. Kalau usaha pasti berjaya. :)

Friday 25 October 2013

Perbincangan.

Assalamualaikum :)

Hari ini hari Sabtu. Hari Sabtu hari sekolah. Sekolah ape sekolah agama. Sekolah agama ada Darjah Khas. Hari ini hari terakhir periksa Percubaan SDKA.
       Hari ni periksa ibadat , sirah , arab. Semua orang pernah meniru kan masa periksa? Tipulah kalau tak pernah meniru. Kali pertama seumur hidup berbincang dengan kawan lelaki yang agak 'popular'. hhahah. tak percaya? Percaya kan.. wkaka.
        Tadi masa periksa Amirah main lah conteng-conteng tangan pakai pen. Budak 'popular' tu perasan apa yang Mira buat. Die pun tulis kat tangan die " Nak Jawapan :) ". Mira pun sengih sengih kat die. Die boleh main senyum senyum pulak tu. Geram pulak rasa hati ni. Mira pun balas soalan dengan menulis jawapan pada tangan.Then main tunjuk tunjuk tapak tangan. hahahaha. Kantoi jugak dengan kawan kat belakang.
         Cikgu dah kutip kertas boleh lagi kiteorg bercakap. Isshhhhh tak patut tak patut. Pelajar cemerlang katakan. hahhahah. Masuk je kelas nak ambik beg nak balik rumah , mulalah kawan yang Mira kantoi tadi mula bukak cerita. Dah bising dalam kelas tuu. Buat malu je lah. *tutup muka pakai sapu tangan* Bengang.
         Ada yang cakap " Mira bincang ngan pakwe sendiri. Tak aci" hahhah. Pakwe? Takdak hubungan apa ehh ngan budak 'popular' tuu.Cuma..... cuma.... Cuma Mira pernah tersuka kat die. Tu yang tadi mcam melting sikit bila die senyum tadi. hahhahahaha. Dah sampai rumah pun masih terbayang senyum die. Melting tawwww. Dah lah malas lah nak cerita pasal die. Kang sampai Paris kang fikir pasal die. hehheheh. Okay . Assalamualaikum :)
     
     

Monday 14 October 2013

Pengacau.

Assalamualaikum.

Korang baca tajuk pun rasa mcam nak baca lagi cerita nya kan? Ni Amirah nak cerita. Hari jumaat hari tu balik je sekolah ada message masuk phone. Tengok tengok ada miscalled. Mira text budak tu. Sape ni? Call nak ape? Die bgi tahu nama die Haikal. Mirah tak percaya. Tanya die lagi mcam mane dapat no Mira. Die ckap die main tekan tekan terus dapat. Tak logik right? Mira malas nak layan. Biarkan die. Makin dibiar makin lah die text. Die tanya lagi nama sape? Mira tak bagi tahu. Just motif nak berkenalan tak logik langsung lah. Die miscalled. Die text. Sampai lah hari sabtu petang. Mira bgi tahu lah nama. Lepas dah bagi tahu nama. Die tanya mcam mcam lagi. Sebelum bgi tahu nama Mira kat budak tu , Mira ada cerita jugak pasal benda ni kat kawan Mira. Kawan Mira ckap jangan layan budak macam tu. Memang lah Mira layan tapi budak tu text pun Mira jarang balas. Satu bazir kredit Mira,. Lagi satu kawan Mira pun dah ckap mcam tu. Sampai lah ke hari ni. Die text. Die miscalled. Bayangkanlah pukul 12.30 malam pun die miscalled tak ke gila tu namanya? Pagi tadi (Isnin 14/10/13) pukul 6.45 pagi die dah miscalled 2 kali. Perghh geram tahap ,aximum + gaban. Pukul 11 lebih die text baru bangun tidur ke? Malas Mira nal layan Mira biarkan die. Dah lah. Nanti ada cerita baru pasal budak tu. Mira update lah kat sini. Tapi kalau dah baca jangan bagi tahu or cerita kat orang lain. Simpan jerk. Or nak comment apa , just commentje. Bagi pendapat ke kan. Okay lah. Assalamualaikum :)

Sunday 13 October 2013

Sumayyah - Hijjaz


Hayatilah lagu ini. Berkemungkinan besar anda akan menitiskan air mata ketika menghayati lagu ini. Lagu ini banyak memberikan kesedaran kepada anda. 
Ya Allah tempatkan lah Sumayyah , Yasir dan Ammar di dalam Syurga-Mu Ya Allah. 

Tuesday 8 October 2013

SK Kampong Pasir

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah. Akhirnya dapat jugak jumpa cikgu cikgu lama kat SKKP dengan kawan kawan tadi. Seronok. Banyak berubah kat sekolah tu. Bangunan dah cat semula. Ramai cikgu baru pulak. Guru besar lama dah pindah. Moga moga guru besar lama sentiasa sihat sejahtera. Tadi kat sekolah ada SKKP Idol. Tengoklah sekejap. Enjoy? Boleh lah.

Teringat masa darjah 5. Adalah suka kat sorang budak ni. Handsome? Takdalah handsome sangat. Die kidal. hahah. masa darjah 5 suke. Masa darjah 6 tak suka pun. Tapi masih berbalas surat. Ejek ejek. hahah. Memang kelakar lah. Tapiu bila tengok die rasa mcam handsome pun ada. Tapi dia ingat lagi ke yang aku ni suka die. Tapi aku lagi tua daripada dia lah. hahahhahhah,. Tak boleh blahh. Masa suka dia dulu , aku selalu lah tanya pasal keluarga dia kat ayah. Maklumlah ayah dia kawan ayah sya. So kenal gitu gitu jelah. Takda lah rapat mana. Bila tanya rasa mcam bengang pun ada. wkakawkak. Dah lah malas nak ingat pasal die. Baik berzikir lagi baguskan. Okay lah nak rehat lepastu nak buat kerja sekolah. Assalamualaikum :)